Memiliki Kemampuan Bersyukur


Sekilas Pandang...
Dilahirkan pada 26.5.1992 di Hospital Sultanah Aminah Muar,Johor Darul Takzim...
Bermula Persekolahan di Sekolah Kebangsaan Parit Bunga sehingga tamat darjah enam dan kemudianye menyambung pengajian di Maahad Tahfiz Daril Naim Melor.Kelantan Darul Naim sehingga tamat tingkatan lima.
Kemudian,menyambung pengajian di peringkat diploma di Kolej Pengajian Islam Johor(MARSAH) dalam bidang Tahfiz Wal Qiraat sehingga sekarang.

*

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Duhai Saudara – Saudariku,

daku ingin sekali berbagi,

ingin berbagi rasa dalam sebuah pikiran,

ingin berbagi rasa dalam sebuah tulisan,

ingin selalu berbagi dalam kebaikan,

walau hanya sekedarnya …

Demikian Saudara – Saudariku,

semoga blog sederhana ini dapat bermanfaat adanya …




mafhumnya :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan.”
(Bukhari)



Huraian
Firman Allah SWT yang maksudnya:”Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (Ibrahim:7). Sesungguhnya setiap nikmat itu wajib disyukuri dan antara kunci rahsia dalam bersyukur yang dapat mengundang nikmat Allah yang seterusnya sebagaimana yang disebut dalam firman Allah di atas ialah i.) Tidak merasa memiliki kecuali meyakini bahawa segalanya adalah menjadi milik Allah. Hal demikian dapat mengelak seseorang daripada menjadi angkuh dan sombong dengan nikmat yang ada padanya. ii) Selalu mengucapkan “alhamdulillah”, memuji Allah dalam segala keadaan sama ada ketika susah ataupun senang kerana nikmat yang harus disyukuri itu sebenarnya lebih banyak daripada musibah. iii) Mempercayai bahawa sebarang nikmat yang dikurniakan adalah jalan menuju Allah atau mendekatkan diri kepada Allah dan iv) Tahu membalas budi dan berterima kasih dengan kebaikan yang telah diberikan oleh seseorang.



Monday, January 10, 2011

ok kan????hahahahahahahahhaahahahhaha

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.

No comments:

Post a Comment