Memiliki Kemampuan Bersyukur


Sekilas Pandang...
Dilahirkan pada 26.5.1992 di Hospital Sultanah Aminah Muar,Johor Darul Takzim...
Bermula Persekolahan di Sekolah Kebangsaan Parit Bunga sehingga tamat darjah enam dan kemudianye menyambung pengajian di Maahad Tahfiz Daril Naim Melor.Kelantan Darul Naim sehingga tamat tingkatan lima.
Kemudian,menyambung pengajian di peringkat diploma di Kolej Pengajian Islam Johor(MARSAH) dalam bidang Tahfiz Wal Qiraat sehingga sekarang.

*

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Duhai Saudara – Saudariku,

daku ingin sekali berbagi,

ingin berbagi rasa dalam sebuah pikiran,

ingin berbagi rasa dalam sebuah tulisan,

ingin selalu berbagi dalam kebaikan,

walau hanya sekedarnya …

Demikian Saudara – Saudariku,

semoga blog sederhana ini dapat bermanfaat adanya …




mafhumnya :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan.”
(Bukhari)



Huraian
Firman Allah SWT yang maksudnya:”Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (Ibrahim:7). Sesungguhnya setiap nikmat itu wajib disyukuri dan antara kunci rahsia dalam bersyukur yang dapat mengundang nikmat Allah yang seterusnya sebagaimana yang disebut dalam firman Allah di atas ialah i.) Tidak merasa memiliki kecuali meyakini bahawa segalanya adalah menjadi milik Allah. Hal demikian dapat mengelak seseorang daripada menjadi angkuh dan sombong dengan nikmat yang ada padanya. ii) Selalu mengucapkan “alhamdulillah”, memuji Allah dalam segala keadaan sama ada ketika susah ataupun senang kerana nikmat yang harus disyukuri itu sebenarnya lebih banyak daripada musibah. iii) Mempercayai bahawa sebarang nikmat yang dikurniakan adalah jalan menuju Allah atau mendekatkan diri kepada Allah dan iv) Tahu membalas budi dan berterima kasih dengan kebaikan yang telah diberikan oleh seseorang.



Tuesday, February 22, 2011

Hari ini,tidak seperti hari sebelumnya.

Kadang-kadang kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada kemudian hari..tetapi apabila sesuatu berlaku yang di luar jangkaan kita,kita seolah0olah tidak dapat menerimanya dengan hati yang terbuka,kita bertanya pada diri sendiri:adakah patut perkara ini berlaku kepadaku????
Tidak semua apa yang kita impikan terjadi,tidak semua apa yang kita fikirkan berlaku,tidak semua apa yang kita mahu ada di depan kita.kita hanya mahu kepuasan semata-mata untuk diri kita tanpa menghiraukan orang lain,tanpa memikirkan apa yang orang lain akan fikir akan kita,tanpa menghiraukan apa pandangan orang kepada kita,kerana ianya kerana nafsu!!!!!!!!
Sahabat yang kita percaya,yakin terhadap mereka,dengar nasihat mereka.adakah mereka mampu kita berkongsi pengalaman,masalah,dugaan yang kita tempuh hari-hari di samping mereka??adakah mereka akan menerima dengan tanpa keraguan??adakah mereka percaya dengan kata-kata kita??
Sahabat,kau ibarat adik di sisi ku selama aku meninggalkan keluargaku,tapi mengapa begitu susah kau mempercayaiku?adakah begitu besar kesalahan yang telah ku lakukan?adakah dengan sebab itu,kau telah hilang kepercayaan terhadap ku???tanpamu sahabat,apa yang boleh ku lakukan pada hari-hari akan datang....aku amat memerlukan pertolongan mu,wahai sahabat..percayalah apa yang ku katakan,lakukan,walaupun ku melakukan di sebalik penglihatanmu...

ku yang amat mengharapkan....

1 comment:

  1. hurmm..kadang2 xsemua yg boley kite ceritakan pada sahabat walaupon kita sgt rapat...bg hawiz..susah nk kongsi dgn org..huuhuu..perit

    ReplyDelete